Mana Best ? Politeknik Port Dickson atau UPM ?

Ada satu hari tu, sedang aku borak-borak dengan seorang rakan dan tidak semena-mena rakan aku tu bertanya. 'Mana lagi best, Politeknik atau UPM? hrmm... sebenarnya pernah gak aku buat perbezaan di antara kedua-dua institusi ni. especially masa mula-mula daftar kat UPM ni. Tapi masa tu terlalu awal untuk membuat penilaian dan perbezaan. sekarang ni, aku da setahun di UPM, sem depan da masuk tahun kedua (senior year~~~ hahhaha). Bila da masuk tahun kedua ni, rasanya da bleh da nak buat sedikit perbezaan diantara Politeknik dan UPM ni.



dari segi kuliah, masa kat poli dulu jadual kuliah semua da ditentukan dan rakan kuliah adalah sama dari semester pertama hingga semester terakhir (tapi kalau ada yang carry tu jadual tu da x sama la dengan classmate lain). kalau di UPM lak, jadual kuliah pula pelajar yang tentukan. kalau yang jenis bangun lewat tu mesti pilih kelas jam 10 atau 11 mungkin. Tapi bagi yang terlewat mendaftar kursus tu terpaksalah daftar kelas waktu pagi jam 8. kesian je.. T.T ... huhuh so, rakan-rakan di dalam kelas adalah tidak sama setiap semester. mungkin diawal semester ni kita akan sekelas dengan pelajar dari pelbagai fakulti memandangkan kita perlu mendaftar kursus universiti. dan mungkin ditahun terakhir, classmate kita adalah coursemate kita je. masa di poli dulu kelas paling lewat habis pada jam 5.15 tapi kat UPM ni kelas sehingga jam 11 malam. masak oo siapa yang naik bas.. kemungkinan bas pun xde.. course aku xde la kelas sampai malam setakat ni.. huhuhuh dari segi kuliah, aku akan pilih Politeknik paling best... 

dari segi penginapan pula - kolej (UPM) dan Kamsis (poli). kedua-dua nya berbeza nama tapi fungsi nye sama je, tempat tinggal pelajar je. di kamsis, penginapan hanya ditawarkan kepada pelajar semester pertama sahaja. namun, pelajar senior juga diberikan peluang untuk tinggal di kamsis dengan membuat permohonan. aku adalah salah seorang pelajar yang ditawarkan kamsis dari semester pertama hingga semester terakhir.. hohoh di Kolej pula, penginapan diberikan kepada semua pelajar. dari tahun pertama hingga tahun terakhir diberikan penginapan tetapi untuk kekal dibilik yang sama atau untuk dapatkan aras bawah, pelajar perlulah aktif dalam setiap aktiviti kolej. kebiasaanya perkara ini terjadi kepada kolej tradisional sahaja. waktu curfew pulak, di kamsis pukul 7petang adalah waktu paling lewat untuk berada di dalam kawasan kamsis. selepas pukul 7, pelajar yang lewat akan ditebuk kad kamsis dan mendapat peluang yang tipis untuk berjaya sekiranya ingin memohon kamsis bagi semester seterusnya. di kolej, curfew adalah jam 12, tapi kalau lambat selepas jam 12 pun macam xde pape tindakan pun.. huhuh dari segi bilik lak, kedua-dua kolej dan kamsis mempunyai bilik yang sama. 1 bilik 2 orang. kolej mungkin lebih luas tapi furniture di kamsis adalah terbaik..  tilamnya buatkan aku xnak bangun.. kalau kat kolej tu, tido lantai lagi best kot.. hahahha so, dari segi penginapan kedua-duanya pun ok tapi kalau terpaksa pilih, aku akan pilih Kolej UPM..

kenderaan pula.. kalau kat poli dulu kenderaan hanya dibenarkan kepada pelajar yang tinggal diluar kawasan kamsis tetapi perlu membeli pelekat untuk masuk kedalam kawasan kampus. kalau xde tu, parkinglah kat luar.. hahha di UPM, pelajar tahun 1 adalah tidak dibenarkan untuk membawa kenderaan. bagi pelajar tahun 2 3 dan 4 pula perlu membeli pelekat untuk bergerak di dalam kawasan kampus dan kolej. tapi kat UPM ni, tahun 1 pun da bawa da.. peg. keselamatan x tgok sangat. setakat sem 2 tahun 1 ni aku bawak moto, x pnah lagi la kne saman.. pheww... selamat.. hehhehe tapi sebenarnya aku x kisah pun bawak moto ke x. aku ok je kalau naik bas. lagi prefer naik bas la sebab lg selamat. huhuhu cuma kat poli xde bas, kena jalan kaki je.. so, dari segi kenderaan... hrmmm.. aku ok je kedua-duanya.. hohoho

dari segi friendship pula, ada sedikit perbezaan la. kalau kat poli dulu, aku lebih ramai rakan wanita dari lelaki sebab aku pelajar kursus diploma sains kesetiausahaan. student course tu pun 95% adalah perempuan. so, aku lebih banyak lepak dengan perempuan laa.. tapi ada gak kawan lelaki, tapi lebih dari jabatan lain mcam elektrik ngan mekanikal lagipun, jabatan aku pun kurang lelaki. hahha berbeza dengan kat UPM ni, rakan lelaki dengan wanita tu nampak seimbanglah. ada rakan lelaki dan ada gak rakan wanita. kedua-duanya senang untuk bertegur sapa. tapi ada gak yang susah nak tegur kt UPM ni. maybe faktor usia, memandangkan kebanyakan mereka adalah lepasan matrik yang macam-macam pandai. aku pulak lepasan diploma dan umur pun lebih banyaklah angkanya dari budak matrik ni.. mindset mereka pun berbeza dengan lepasan diploma dan stpm sebab mungkin saya belajar daripada pengalaman, mereka belajar daripada buku-buku.. hehehhe MUNGKIN~~... tapi boleh lah nmpak, matrik bercampur dengan matrik je (bukan semua sebab kawan-kawan aku pun hampir kesemua nya dak materik), dan diploma dengan stpm boleh bercampur bersama.. walaubagaimanapun, ini hanya pendapat aku.. hope, xde yang terasa.. awal-awal aku mohon maaf... :-)

aktiviti masa lapang lak.. mungkin Port Dickson tu xdelah semaju UPM tu.. PD pada ketika aku study dulu pun x maju macam sekarang... aktiviti pun kurang la, tapi antaranya lepak tepi pantai.. boleh jalan kaki je ke pantai tu haa.. berjoging kat rumah api.. nak kebandar lak, pegi pekan PD.. naik teksi rm 2 je, naik bas rm1.. masa kt PD dulu, aku rapat dengan girls yang degil-degil. jadi, aku pun tumpang degil sekali.. hahah selalu balik lewat masuk kamsis.. hahha  di UPM ni memandangkan dekat dengan bandaraya Kuala Lumpur so, banyak lah aktiviti nya. kalau di UPM sndri pun banyak aktiviti slalu gak aku lepak kat bukit ekspo tu dengan syz, jimmy dgn yg lain2.. mall yang terdekat pun the mines.. nak ke sana pun free je.. naik bas upm... cuma da smpai mines tu je haa.. kalau mampu beli la.. law x mampu, window shoping je laa.. huhuhuh so, aktivit ae.. aku pilih Poli PD.. 

jadi untuk menjawab soalan rakan aku tu.. hrmmm...  aku pilih Politeknik Port Dickson best.. mungkin agak awal untuk menilai UPM tu.. who knows ada post pasal ni lagi.. tp masa tu mungkin aku di tahun terakhir.. huhuh kepada sesapa yang nak masuk IPT tu,  jangan takut kepada dunia pelajar sebenar.. pilih kawan yang nak belajar. jangan mudah terpengaruh dengan rakan-rakan yang xtentu hala tu.. bagi yang demand xnak masuk poli tu.. fikir-fikirkan semula, walaupun x segah universiti. tapi Politeknik juga yang bawak aku ke univesiti dan dunia pekerjaan. semua aku da rasa.. yuran RM200 je kt poli tu.. walaupun murah ianya TERBAIK... semoga berjaya.... 

Comments

  1. hehehee.. bg aku 2 2 pung best.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Kenagan dgn korang tak dpt dilupakan. :-)

    ReplyDelete
  3. salam bro, aku lepasan diploma politeknik course IT rangkaian. agak-2 ada peluang ke ehh nak sambung ijazah dekat mana-2 Universiti tempatan ? especiall UPM. aku minat gak UPM ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn rsau.. ada je peluang.. ramai dak poli kos it dpt kt upm ni.. pointer kne power laa.. heheh try je dlu.. dpt or x blkg cte.. semoga berjaya.. dpt upm call aku, blnje makan.. hahahhaa

      Delete
  4. nak tnye yuran poli tu mmg rm200 ke setiap sem? kan sem 1 kene byr lebih sket kan utk pendaftran sumer, tp next sem & seterusnya mmg 200 je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hii.. semasa zaman belajar dulu mmg RM200++. X sampai pun RM300.. 1ST sem je yang mahal skit. sebab bayaran untuk orientasi, pakej poli (baju seluar so on) dan kamsis.

      Delete
  5. hahah..budak matrik paling susah nak cari geng bro, sbab da kitoang ne budak-budak lagi, then kitorang pun datang dari matrik yang berlainan. Aku pun budak matrik gak tapi aku bergaul ngan abg-abg dan akak-akak ex-dip..tak de la kitorang dengan buku je, same je ngan korang yang dri dip dan stpm...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. ada je yang bleh geng. maybe jarak umur yg buatkan kurang serasi. ada di antaranya mmg kenalan dari matrik yg sama kan.. i can deny that kalau aku ada member yg sama belajar time dip dlu, mmg nak geng dgn dyrg je kn.. tapi x pe boss.. yang baik dijadikan kenalan, yg kurang tu elakkan la.. kalau bleh btulkan lagi bgus.. hahha

      Delete
  6. hahaha siyes la Polipd mmg best. ni tengah LI pun rasa rindu gila nak balik poli. cepatlah habis LI. tak sabar nak balik pd. even pd takde panggung wayang, takde shopping mall, tapi pd ada pantai, steamboat sedap, makanan murah dan sedap. hehehehehe

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum hi.kalau saya ambil kos akauntansi dkt polisas ada ke peluang saya nk masuk ipta? Maklumlah bahawa kos akaun ni hampir sume ipta,ipts ada..dan boleh saya tahu awak dlu kos apa?dan dpt brpe result akhir di poli...tq mohon reply hihi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ATASI MASALAH SEBUTAN HURUF 'R'