Posts

Showing posts from June, 2014

Mamat Hensem Politeknik Port Dickson - OMG!!

Image
Ni adalah satu perkara yang aku rasa kelakar dan pelik yang orang pernah search dan bleh lak masuk kat blog aku ni haa.. hahaha kepada Encik Google, terima kasih lah kerana telah menganugerahkan aku gelaran tersebut. hahah tu sahaja kisah pendek aku. dah lama tinggalkan blog ni, alhamdulillah masih ramai yang view blog ni sama ada dengan kerelaan atau tak.. terima kasih semua..

Festival Zapin (Zafest) UPM 2014 - Kumpulan Tandak

Image
18 Mei 2014 - Telah berlangsung Festival Zapin (ZAFEST) UPM 2014 bertempat di Panggung Percubaan UPM. Dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UPM. Pertandingan melibatkan 11 persembahan daripada 12 buah kolej di UPM. Berikut adalah senarai pemenang: Johan : Kolej 10 dan Kolej 11 Naib Johan : Kolej 17 Ketiga : Kolej Pendeta Zaaba (KPZ) Anugerah lain : Busana Terbaik : Kolej 10 dan Kolej 11 Tatarias terbaik : Kolej Pendeta Zaaba Reka tari terbaik : Kolej 17 Penari lelaki terbaik : Kolej 2 penari wanita terbaik : Kolej 2 Tahniah diucapkan kepada pemenang. Berbalik pula pada cerita aku, aku merupakan salah seorang peserta Zafest ni. Aku mewakili Kumpulan Tandak daripada Kolej 14. Gagal meraih sebarang tempat dan anugerah. sepanjang terlibat dalam program ini, aku dapat rasa kepuasan yang sangat best. Aku memang teringin nak menari zapin especially lepas persatuan aku jadi penganjur Fest