Posts

Showing posts from May, 2014

JIRAN-JIRAN DAY OUT - LINGGIU 2ND GENERATION

Image
Tajuk gler gempak. hahah. hari ni berjalan sakan. semalam masa talk di Dewan Besar dapat mesej daripada kawan ajak teman ke majlis kenduri kahwin kawan dia di Linggi Negeri Sembilan. Memandangkan aku memang xde pe nk buat, ye la kan study week. study pun entah ke mana.. hahah so, aku pun follow la. sebelum tu, meh aku kenalkan siapa yang dalam gambar di bawah ni. aku pegi bersama jiran-jiran di kampung aku Felda Linggiu, Apis dan Ain. dulu keci-kecil kitaorang selalu main sama-sama. sekarang da besar, semua pun da merantau dan kita berjumpa di perantauan la. hehe. Majlis berlangsung di Linggi. Perjalanan agak penat sebab jammed daripada plaza tol UPM smpai la ke seremban. selamatlah bukan aku yang memandu. selepas je balik dari majlis singgah ke sebuah kedai menjual makanan negeri sembilan bernama SABAK SALAI. masa tu memang teringin nak makan daging salai. so, kitaorang pakat la beli daging salai dan itik salai. daging salai tu memang sedap gila. memang kena cuba. kemudian kam

ATASI MASALAH SEBUTAN HURUF 'R'

Image
Aku ni ada masalah nak sebut huruf R dan S. Bila aku sebut R akan bunyi 'argh'. Bila nak sebut huruf S akan bunyi 'esy'. Kadang-kadang malu jugak bila kita dipermainkan kerana sebutan ini. Sampai dah lali tapi even dah lali pun still gak terasa kan. Kalau kau buat dekat aku, better watch out la ae because you are in big problem. try me. Aku pun sebenarnya baru tahu benda alah ni boleh diatasi. Sebab sebelum ni memang x pernah nak cari pun penyelesaian ni. Mungkin aku rasa ni satu anugerah.  Cara atasi : rendamkan muka kedalam air, dan sebutkan RA ketika didalam air tersebut. In Shaa Allah menjadi. tapi jangan rendam lama-lama pulak. nanti mati naya je.  semoga berjaya. Btw, siapa yang nak kekal menyebut huruf R seperti biasa. jangan malu-malu. you should proud of it. untuk huruf 'S' akan dimaklumkan kemudian. tunggu ya.

APA AKU NAK JADI DI UPM

Image
30 Mei 2014 - Sebentar tadi telah berlangsung UPM Talk : Marketing yourself yang disampaikan oleh seorang yang aku sangat admire, Prof. Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, Timbalan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia. Satu talk yang sangat menarik, sangat best tetapi atas kekangan masa talk tu perlu ditamatkan. Tetapi, bukan talk tu yang aku nak ceritakan. sebenarnya nak cerita tentang aku kat UPM ni. apa aku nak jadi or nak buat di UPM ni. Aku memang teringin nak jadi salah seorang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM atau paling tidak pun jadi Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) di kolej. Tidak dinafikan peluang untuk menjadi MTM tu aku pernah dapat tetapi atas isu-isu peribadi dan tertentu aku menolak tawaran tersebut. Pada ketika itu, aku sudah terlibat dengan persatuan anak negeri Johor dan tawaran sebagai MTM pun datang sekali. Aku rasa, aku tiada masalah untuk menyertai kedua-dua organisasi tetapi atas isu-isu tertentu, aku terpaksa menolak dan sekarang aku rasa keputusan m