Posts

Showing posts from 2014

bagaiman nak makan Murah di UPM. 2014

Image
Aku sering dengar rungutan dari rakan-rakan tentang harga makanan yang mahal di UPM khususnya di Kafe Serumpun memandangkan aku tinggal di Kolej Serumpun. Tetapi tajuk di atas mungkin sedikit mengelirukan. sebenarnya aku kurang menghadapi situasi makanan yang mahal di kafe tersebut. Ini bukan bermaksud aku sentiasa menerima harga makanan yang murah, kadang-kala menghadapi juga situasi harga makanan yang mahal (tetapi selalunya murah laa... hehehe) Bagaimana kita ingin mendapatkan harga makanan yang murah pun ada caranya. Sikap-sikap peniaga juga penting untuk diperhatikan yang mana aku sering melihat gelagat dan cara perniagaan mereka yang mana berkaitan dengan course yang aku belajar kat UPM ni iaitu Pembangunan manusia. aku melihat bagaimana gelagat peniaga dengan pelanggan, bagaiaman kuantiti makanan mempengaruhi harga makanan, sikap pelanggan kepada peniaga juga penting dan pelbagai aspek lain memandangkan penentuan harga makanan adalah secara subjektif iaitu tiada penentuan

SME - University Internship 2014 Universiti Putra Malaysia

Image
SME - University Internship 2014 adalah suatu program yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar IPTA/IPTS untuk bergelar Konsultan Muda kepada SME Corp. Mereka diberi tugas untuk membuat analisis dan penambahbaikan kepada syarikat SME yang terpilih. Para konsultan Muda diberi masa selama 4 bulan untuk menjalan analisis dan penambahbaikan. Di akhir program, setiap kumpulan konsultan muda perlu membuat pembentangan akhir terhadap apa yang dilakukan selama 4 bulan program berlangsung. Kumpulan yang menang di peringkat Universiti (16 Universiti yang turut serta) akan mewakili universiti masing-masing ke peringkat kebangsaan yang menawarkan hadiah yang lebih menawan yang akan diadakan pada 28 Oktober 2014. Universiti Putra Malaysia (UPM) 16 Julai 2014 - Telah berlangsung Pertandingan Akhir SME - University Internship 2014 bagi Universiti Putra Malaysia. Dengan tema 'Pencarian Juara Ke Peringkat Kebangsaan', UPM membariskan 23 orang Konsultan Muda yang dibaha

Mamat Hensem Politeknik Port Dickson - OMG!!

Image
Ni adalah satu perkara yang aku rasa kelakar dan pelik yang orang pernah search dan bleh lak masuk kat blog aku ni haa.. hahaha kepada Encik Google, terima kasih lah kerana telah menganugerahkan aku gelaran tersebut. hahah tu sahaja kisah pendek aku. dah lama tinggalkan blog ni, alhamdulillah masih ramai yang view blog ni sama ada dengan kerelaan atau tak.. terima kasih semua..

Festival Zapin (Zafest) UPM 2014 - Kumpulan Tandak

Image
18 Mei 2014 - Telah berlangsung Festival Zapin (ZAFEST) UPM 2014 bertempat di Panggung Percubaan UPM. Dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UPM. Pertandingan melibatkan 11 persembahan daripada 12 buah kolej di UPM. Berikut adalah senarai pemenang: Johan : Kolej 10 dan Kolej 11 Naib Johan : Kolej 17 Ketiga : Kolej Pendeta Zaaba (KPZ) Anugerah lain : Busana Terbaik : Kolej 10 dan Kolej 11 Tatarias terbaik : Kolej Pendeta Zaaba Reka tari terbaik : Kolej 17 Penari lelaki terbaik : Kolej 2 penari wanita terbaik : Kolej 2 Tahniah diucapkan kepada pemenang. Berbalik pula pada cerita aku, aku merupakan salah seorang peserta Zafest ni. Aku mewakili Kumpulan Tandak daripada Kolej 14. Gagal meraih sebarang tempat dan anugerah. sepanjang terlibat dalam program ini, aku dapat rasa kepuasan yang sangat best. Aku memang teringin nak menari zapin especially lepas persatuan aku jadi penganjur Fest

JIRAN-JIRAN DAY OUT - LINGGIU 2ND GENERATION

Image
Tajuk gler gempak. hahah. hari ni berjalan sakan. semalam masa talk di Dewan Besar dapat mesej daripada kawan ajak teman ke majlis kenduri kahwin kawan dia di Linggi Negeri Sembilan. Memandangkan aku memang xde pe nk buat, ye la kan study week. study pun entah ke mana.. hahah so, aku pun follow la. sebelum tu, meh aku kenalkan siapa yang dalam gambar di bawah ni. aku pegi bersama jiran-jiran di kampung aku Felda Linggiu, Apis dan Ain. dulu keci-kecil kitaorang selalu main sama-sama. sekarang da besar, semua pun da merantau dan kita berjumpa di perantauan la. hehe. Majlis berlangsung di Linggi. Perjalanan agak penat sebab jammed daripada plaza tol UPM smpai la ke seremban. selamatlah bukan aku yang memandu. selepas je balik dari majlis singgah ke sebuah kedai menjual makanan negeri sembilan bernama SABAK SALAI. masa tu memang teringin nak makan daging salai. so, kitaorang pakat la beli daging salai dan itik salai. daging salai tu memang sedap gila. memang kena cuba. kemudian kam

ATASI MASALAH SEBUTAN HURUF 'R'

Image
Aku ni ada masalah nak sebut huruf R dan S. Bila aku sebut R akan bunyi 'argh'. Bila nak sebut huruf S akan bunyi 'esy'. Kadang-kadang malu jugak bila kita dipermainkan kerana sebutan ini. Sampai dah lali tapi even dah lali pun still gak terasa kan. Kalau kau buat dekat aku, better watch out la ae because you are in big problem. try me. Aku pun sebenarnya baru tahu benda alah ni boleh diatasi. Sebab sebelum ni memang x pernah nak cari pun penyelesaian ni. Mungkin aku rasa ni satu anugerah.  Cara atasi : rendamkan muka kedalam air, dan sebutkan RA ketika didalam air tersebut. In Shaa Allah menjadi. tapi jangan rendam lama-lama pulak. nanti mati naya je.  semoga berjaya. Btw, siapa yang nak kekal menyebut huruf R seperti biasa. jangan malu-malu. you should proud of it. untuk huruf 'S' akan dimaklumkan kemudian. tunggu ya.

APA AKU NAK JADI DI UPM

Image
30 Mei 2014 - Sebentar tadi telah berlangsung UPM Talk : Marketing yourself yang disampaikan oleh seorang yang aku sangat admire, Prof. Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, Timbalan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia. Satu talk yang sangat menarik, sangat best tetapi atas kekangan masa talk tu perlu ditamatkan. Tetapi, bukan talk tu yang aku nak ceritakan. sebenarnya nak cerita tentang aku kat UPM ni. apa aku nak jadi or nak buat di UPM ni. Aku memang teringin nak jadi salah seorang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM atau paling tidak pun jadi Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) di kolej. Tidak dinafikan peluang untuk menjadi MTM tu aku pernah dapat tetapi atas isu-isu peribadi dan tertentu aku menolak tawaran tersebut. Pada ketika itu, aku sudah terlibat dengan persatuan anak negeri Johor dan tawaran sebagai MTM pun datang sekali. Aku rasa, aku tiada masalah untuk menyertai kedua-dua organisasi tetapi atas isu-isu tertentu, aku terpaksa menolak dan sekarang aku rasa keputusan m

Gagal ke peringkat Akhir Wiramasli 2014

Image
UPM Serdang - seorang peserta tuan rumah dari Kolej Empat Belas, Mohamad Alfiddaus Ab Rasip; 23, gagal bersinar diperingkat saring di pertandingan nyanyian warisan Irama Asli atau Wiramasli 2014 yang berlangsung pada 8 Mac 2014 di Dewan Putra PJSD, UPM. Persembahan yang menarik itu gagal memberi peluang untuk beliau diberi tempat di dalam peringkat akhir pertandingan itu yang akan diadakan pada 22 Mac 2014. berkata kepada penulis, 'peluang yang diberikan kepada saya sudah cukup besar dan saya rasa semua penonton berasa terhibur dengan persembahan saya'. Beliau menambah, 'saya dapati bahawa kurang semangat yang diberikan daripada pihak atasan pengurusan kolej dan mtm membuatkan saya sedikit berasa kecil hati, saya tak pasti kenapa perkara ini berlaku'. diharap perkara ini tidak akan berlaku pada anjuran yang akan datang terutama sekali daripada peserta tuan rumah'.