atasi masalah gusi bengkak - cara saya

aduh... sakit betul gigi ni... haishhh.. sebenarnya dah lama sakit gigi ni.. masa time final exam sem 2 hari tu.. tak tahulah, asal nak final exam je mesti sakit.. sem lepas aku demam sampai lewat pergi dewan final. sem ni sakit gigi lak.. dugaan betullah hidup.. huhu aku kena sakit gigi ni beberapa hari sebelum final exam. tak tahulah aku makan apa. aku syak gusi bengkak tapi tak pasti. lagi pula, aku ni pun takut nak pergi klinik. hehe jadi, aku pun tanyalah rakan-rakan aku mana tahu dyrang ada apa-apa petua untuk gigi bengkak ni.. nak tahu jawapan mereka? ini adalah cadangan-cadangan mereka


  • khusnul : kumur dengan air garam - da 2 3 cawan aku kumur dengan air garam tu, x jadi ape pun.
  • sherry dan hazrul : sapu bolenja (*gitulah kot namanya) - aku sampai cari kat kedai benda alah ni, last-last jumpa kat bilik azrul
  • izami : sapu colgate kat gigi yang bengkak tu - aku dah terpikir dulu da, tapi x buat. bila da buat, pun sama... x reda gak..
  • fadli : telan panadol - fadli kata panadol tu kan untuk semua jenis penyakit. bila aku try telah panadol, bleh nmpak lah kesanyya, kurang sakitnya. so, sebelum exam aku makan dulu then telan panadol. jadi masa exam xdelah aku rasa sakit.. hohoho
  • syafek : air zamzam - kebetulan dia bawak pulang air zamzam dari rumah. merasa gak lah aku air zamzam ni.. huhuh
  • teya : CABUT - ni idea yang paling tak diterimalah.. x mahu nye aku nak cabut. hohoho
walaubagaimanapun, terima kasih kepada semua rakan-rakan aku yang beri idea untuk sembuhkan sakit gigi aku ni.. sayang korang lah.. cium sikit... lalallalalla tapi sementara je semua tu, sakitnya tetap ada. namun, ditengah-tengah musim exam. aku pun nekad lah pergi ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU).. dalam takut-takut nak pergi klinik tu, akhirnya pergi jugak.. yela, sampai bila nak sakit.. ingat aku penakut sangat ke. hahha

petang tu aku nekadlah pergi PKU, masuk je PKU tu aku terus pergi kaunter pertanyaan. x pernah pergi dental jadi x tau lah dental dept. kat mana. huhu bila da tau tu aku pun terus pergi kaunter dental tu. tapi korang nak tahu apa yang dibualkan?? beginilah.. hehehe

aku : Assalamualaikum, selamat petang (formal sikit..hehehe)
nurse : waalaikumsalam, selamat petang.
aku : kak, saya nak buat rawatan gigi.. macam mana ek?
nurse : oh.. bagi ic dan kad pelajar...
aku : hrmmm...... tapi kak,  kalau buat rawatan kena cabut ke giginya? (heheh... mestilah tanya, law kne cabut mestilah aku xbagi.. terus lari.. hahahha)
nurse : eh.. xdelah.. doktor akan bagi ubat je dulu.. kalau kena cabut, kena buat appointment dulu..
aku : (lega.. huhuh) ok3... terima kasih...

gitulah.. punyalah takut nak cabut gigi.. detail skali aku tanya nurse tu.. sampai dalam bilik doktor pun aku tanya lagi.. 

aku : kena cabut ke giginya?
doktor : eh.. xdelah.. kita check dulu.. apa yang sakit ye?
aku : gusi bengkak.
doktor : (dia pun check guna alat2 dia).. yela.. bengkak gusi tu.. nanti saya bagi ubat... awak makan.. sebelum tu.. buka mulut. kena cuci dulu ni.. nanti kalau sakit lagi, awak gosok je gigi. berdarah pun xpe.
aku : oo.. ok doktor..
doktor : ok selesai.. awak makan ubat sampai habis taw..
aku : baik doktor.. berapa lama bleh sembuh ye doktor.
doktor : hrmmm.. awak makan ubat, sembuhlah nanti (amboi doktor.. psiko btol)

pas je rawatan tu, aku disuruh kumur dengan satu air ni.. macam listerine laa.. selamatlah doktor tu terbaik.. kalau aku nak pegi dental kat PKU tu, memang aku cari doktor ni.. hohoho da settle je check aku pun amek ubat.. ubatnya macam sakit demam lak.. banyak tol.. jadi, untuk mengelakkan gigi aku sakit, aku pun makanlah ubat tu ikot jadual.. yela.. spe x nak makan sedap-sedap.. huhuhuh btw.. tahniah kepada PKU.. rawatan kurang daripada 20 minit.. lepas je pergi PKU tu, aku teruslah jenjalan kat pekan Serdang tu. akhirnya kau pun berhenti kat McD, beli bubur.. sakit-sakit gigi ni, makan bubur je la yang bleh.. makan bende lain xleh kunyah lak..T.T sdih betul.. huhuh 

untuk mengelakkannya sakit lagi, aku pun makanlah ubat-ubat tu mengikut jadual.. agak berkesanlah ubat tu.. sepanjang musim exam tu, memang x sakitlah gigi tu.. tapi tetap xleh makan.. makan makanan yang senang nak kunyah je.. huhuh walaubagaimanapun, setelah ubat tu semua dah habis gigi pun kembali sakit.. apelah doktor ni.. kata pas makan ubat tu semua da bleh sembuh.. sekarang pun masih sakit lagi.. nak makan pun susah.. ni kalau sakit pun aku telan panadol je.. kuranglah sakitnya pas makan panadol.. nak kne tunggu next sem baru aku nak pegi klinik blek.. huhuh 

untuk disimpulkan. saja aku nak bercerita tentang orang-orang sekeliling kita. jangan rasa tiada orang yang tidak mengambil berat tentang kita.. ramai yang mengambil berat kan.  contoh ada kat atas cerita ni haa.. sweet x?? hahaha .. dan ramai gak yang sayang kat aku.. terima kasih je yang mampu aku ucapkan walaupun cadangan agak zalim.. heheh tapi xpe.. janji ada idea.. jasa korang amat dihargai.. sampai sini saja cerita ni.. terima kasih kerana membuang masa membaca.. hohoho

Comments

  1. Bro, aku paham perasaan hg tu.. Dah pernah sakit gigi dulu. mmg merana kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kimi - asal komen ko masuk spam ek?? aku baru baca ni ha.. huhuh

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha xberani nye.. da desperate baru brani.. huhi

      Delete

  3. Info yang menarik mengenai petua rawatan sakit gigi mengikut pengalaman masing-masing. Sebaik-baiknya, kesihatan gigi kita dijaga dengan baik. Jangan sampai gigi kita rosak dan berlubang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas maklumbalas. tak dinafikan, sekarang ini lebih kerap berjumpa Dr. gigi sbab ada masalah gusi. kalau post di atas terdapat perkara yang perlu dielakkan harap dapat dimaklumkn.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mana Best ? Politeknik Port Dickson atau UPM ?

ATASI MASALAH SEBUTAN HURUF 'R'