PERJUANGAN BELUM SELESAI

langkah, beribu langkah
ke destinasi yang di impi
tiba terhenti,tercari-cari
haluan arah, yang telah pun musnah
harapan tak kesampaian

hina, hinanya diri
hanya menantikan bantuan
bagaimanakah ini terjadi
kerdilnya diri bukan lagi tuan
inikah rupanya nasib bangsaku

langkah demi langkah
biarkan bertatih
impian kan juga terlaksana
martabat diri ini, tiadakan bererti
tanpa usaha, janganlah leka

mewah negaraku, semerbak harumnya
renkisan keringat bangsaku
teruskan langkah ini
biarkan ia kekal selamanya

"bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut dan pengembara
malah penakluk terkemuka
bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
menjaadi pedaagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan ilmuan  terbilang

bukankah bangsa ku telah mengharung samudera
menjajah dunia yang tak dikenal
bukankah mereka sudah menjadi wira serantau
yang tidak mengenal erti takut dan kematian
dimanakah silapnya

hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu menjaminkan syurga
begi mereka yang lemah dan mudah kecewa

perjuangankita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dpat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya"

(nora dan sajak tun. dr. mahathir- perjuangan belumselesai)

Comments

Popular posts from this blog

ATASI MASALAH SEBUTAN HURUF 'R'

Mana Best ? Politeknik Port Dickson atau UPM ?