KEMALANGAN atau ACCIDENT

haha... setelah  hampir 20 tahun aku hidup kira banyak juga jenis kemalangan yang aku dah tempuhi... lebih kurang 4 atau 5 kemalangan.. so, let's check it out....

kemalangan 1 :

tarikh : tidak pasti ( standard 4 or 5 maybe)
lokasi : Felda Linggiu

pada waktu itu aku adalah pembonceng dan kakak aku adalah penunggang motosikal. di suatu simpang berbukit terdapat sebuah bas berhenti betul-betul di hadapan simpang yang ingin kakakku ingin susuri. akibat bas tersebut berhenti terlalu lama, kakak ku ingin trus memotong dan menyusuri simpang tersebut. tidak semena-mena sebuah moto dari arah bertentangan bergerak pantas lalu terus melanggar kami yang dalam proses menyusuri simppang tersebut. akibatnya kami tercampak ke tepi longkang dan kakak mengalami kecederaan -tangan retak- dan aku tidak mengalami kecederaan yang teruk.

kemalangan 2 :

tarikh : tidak pasti ( form 5, 3 hari sebelum SPM)
lokasi : Felda Linggiu

pada waktu itu aku adalah penunggang motosikal dan membawa seorang pembonceng. dalam keadaan membawa moto dengan laju, aku cuba memotong moto yang lain. semasa proses uh, moto tersebut dengan  tiba-tiba membelok ke kanan. aku memperlahankan moto dalam keadaan tergesa-gesa (emergency break). motosikal ku hanya melanggar sedikit moto tersebut dan akibat 'break' tersebut aku tercampak sejaoh 5 kaki (kot)... moto yang membelok itu terus meninggalkan ku tanpa menolong. akibat daripada kemalangan itu, aku mengalami kecederaan teruk -luka-luka sahaja - tetapi aku perlu menduduki SPM dalam keadaan berbalut (tetapi still pergi kesekolah menunggang moto..hehe) selamat result agak memberangsangkan walaupun mengalami kemerosotan berbanding percubaan.

kemalangan 3 :

tarikh : tidak pasti
lokasi : melaka

pada waktu itu keadaan hujan, aku menunggang motosikal di laluan moto.. aku ternampak sebuah moto berhenti di tengah-tengah jalan ( laluan moto selalu nye kecil sahaja)disebelah jalan kenderaan pula ada sebuah lori. aku memperlahankan motosikalku namun keadaan hujan membuatkan jalan menjadi licin dan membuat kn aku tidak mampu utk membuat apa-apa dan hanya melanggar moto tersebut. akibatnya, moto ku itu mengalami kecederaan teruk. aku juga diminta membayar kerosakan moto penunggang itu walaupun orang berkata aku tidak bersalah. tetapi ini adalah kemalangan pertamaku di jalan besar. situasi panik, aku hanya membayar sahaja. persetujuan dilakukan agar peristiwa ini tidak dibesar-besarkan.

kemalangan 4

tarikh : 19 Januari 2011
lokasi : lebuhraya utara selatan (Yong Peng)

pada waktu itu aku menunggang di laluan motosikal pada waktu tengahari. tanpa aku sedari, tiba-tiba aku terlihat sebuah kereta berhenti di tepi jalan tanpa meletakkan isyarat seperti tanda awas (segitiga), kon, dan lampu kecemasan. dalam keadaan laju, tidak sempat aku memperlahankan moto ku, dan terus melanggar kereta tersebut. akibatnya, aku mengalami kecederaaan yang sangat teruk. keempat-empat tulang kaki dan tangan ku disahkan patah. dan perlu dimasukkan dengan besi.dan aku juga perlu menangguhkan pengajianku di sebuah ipta. yang menyedihkan, pada waktu itu, aku berada disemester akhir. :(

kesimpulan

daripada kesemua kemalangan tersebut, aku seperti terfikir bahawa, aku dilahirkan bukan untuk menjadi penunggang motosikal. namun aku akan still bawa moto dalam skala yang berhampiran sahaja seperti di kampung. daripada itu juga aku semakin fobia untuk memandu kereta. walaupun aku berada di dalam kereta,(penumpang) aku still takut seakan-akan trauma kepada jalan raya..

from now on. life must go on.. dan 'Tuhan tidak akan menguji hambanya melebihi daripada kemampuan hamba tersebut' nmpak nya aku seperti  boleh menerima ujian-Nya ini. dan aku boleh ..YEAH!!

Comments

  1. aku bangga dpt kwn ngn ko..
    ko kuat..walaupun dugaan besar datang menimpa diri kau..
    tahniah..

    ReplyDelete
  2. of course la ko boleh kan...
    kitorg semua yakin dgn ko...
    u'r da best bro..huhu..
    cant wait to see u during muet..(^_^

    ReplyDelete
  3. daus : tabahkn hati.. cmne ngn final year kau? extend ke??

    ReplyDelete
  4. it's ok daus...
    wlpon pe2 pon allah still pnjgkn umr ko kan..
    soo0o..kne truskn gak khidupn...
    ko kat kuat..u can do it lorh...
    :)..ko kwn lin yg kuat kn...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ATASI MASALAH SEBUTAN HURUF 'R'

Mana Best ? Politeknik Port Dickson atau UPM ?