SME - University Internship 2014 Universiti Putra Malaysia

SME - University Internship 2014 adalah suatu program yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar IPTA/IPTS untuk bergelar Konsultan Muda kepada SME Corp. Mereka diberi tugas untuk membuat analisis dan penambahbaikan kepada syarikat SME yang terpilih. Para konsultan Muda diberi masa selama 4 bulan untuk menjalan analisis dan penambahbaikan. Di akhir program, setiap kumpulan konsultan muda perlu membuat pembentangan akhir terhadap apa yang dilakukan selama 4 bulan program berlangsung.




Kumpulan yang menang di peringkat Universiti (16 Universiti yang turut serta) akan mewakili universiti masing-masing ke peringkat kebangsaan yang menawarkan hadiah yang lebih menawan yang akan diadakan pada 28 Oktober 2014.

Universiti Putra Malaysia (UPM)

16 Julai 2014 - Telah berlangsung Pertandingan Akhir SME - University Internship 2014 bagi Universiti Putra Malaysia. Dengan tema 'Pencarian Juara Ke Peringkat Kebangsaan', UPM membariskan 23 orang Konsultan Muda yang dibahagi kepada 5 kumpulan iaitu Pro Mastermind (Akrab Sahabat Enterprise), Sharecorp (Iman Home Deco), Ace Legacy (Utusan Travel), The Assessor (Sameera Boutique), dan Alpha Alliance (Aleeya Beauty) yang mewakili 5 buah syarikat SME (dalam kurungan) yang terpilih untuk melakukan pembentangan akhir pada hari tersebut.

Konsultan Muda Sharecorp mewakili Iman Home Deco telah berjaya muncul sebagai Juara di peringkat UPM sekaligus akan mewakili UPM ke peringkat kebangsaan. berikut adalah senarai pemenang:-

Juara : Sharecorp (Iman Home Deco)
Naib Juara : Alpha Alliance (Aleeya Beaury)
Ketiga : The Assessor (Sameera Boutique)
Saguhati : Pro Mastermind (Akrab Sahabat Enterprise), Ace Legacy ( Utusan Travel Agency)




Pro Mastermind

Sekarang barulah cerita pasal aku. Aku merupakan peserta program ini dan di dalam kumpulan Pro Mastermind mewakili Akrab Sahabat Enterprise. kumpulan aku terdiri daripada 5 orang asalnya tetapi kami telah berbincang untuk menamatkan tugas salah seorang daripada kami atas sebab komitmen yang tidak diberikan oleh ahli tersebut. Setelah separuh perjalanan, kami meneruskan perjuangan berempat. Tidak dapat dinafikan pelbagai masalah dihadapi sepanjang program ini berlangsung memandangan program ini dijalankan dalam minggu kuliah, final exam dan cuti semester  tetapi kami cuba atasi masalah tersebut secara profesional dan akhirnya dapat mempersembahkan sesuatu yang sangat bermakna terutama sekali untuk pemilik syarikat, Pensyarat penasihat dan UPM khususnya.



Pro Mastermind terdiri daripada aku sendiri Alfid (Konsultan Sumber Manusia), Wahida (Konsultan Kewangan), Soya (Konsultan Operasi) dan Tracy (Konsultan Pengurusan). Akrab Sahabat adalah sebuah perusahaan menjual produk makanan tambahan dan produk kecantikan dan produk kesihatan. bertempat di Taman Seri Serdang, perusahaan ini nampak semakin berjaya di dalam industri nya.

Diharap Sharecorp akan membawa pulang berita baik diperingkat kebangsaan memandangkan misi UPM pada musim kali ini adalah untuk menang dan korang memang layak untuk berada disana. semoga berjaya

Comments

Popular posts from this blog

ATASI MASALAH SEBUTAN HURUF 'R'

Mana Best ? Politeknik Port Dickson atau UPM ?