bagaiman nak makan Murah di UPM. 2014



Aku sering dengar rungutan dari rakan-rakan tentang harga makanan yang mahal di UPM khususnya di Kafe Serumpun memandangkan aku tinggal di Kolej Serumpun. Tetapi tajuk di atas mungkin sedikit mengelirukan. sebenarnya aku kurang menghadapi situasi makanan yang mahal di kafe tersebut. Ini bukan bermaksud aku sentiasa menerima harga makanan yang murah, kadang-kala menghadapi juga situasi harga makanan yang mahal (tetapi selalunya murah laa... hehehe)

Bagaimana kita ingin mendapatkan harga makanan yang murah pun ada caranya. Sikap-sikap peniaga juga penting untuk diperhatikan yang mana aku sering melihat gelagat dan cara perniagaan mereka yang mana berkaitan dengan course yang aku belajar kat UPM ni iaitu Pembangunan manusia. aku melihat bagaimana gelagat peniaga dengan pelanggan, bagaiaman kuantiti makanan mempengaruhi harga makanan, sikap pelanggan kepada peniaga juga penting dan pelbagai aspek lain memandangkan penentuan harga makanan adalah secara subjektif iaitu tiada penentuan harga tetap kecuali menu masakan panas (ayat macam buat thesis/assignment lak.. hahhaha).

Statement kat atas ni nampak bosan betul nak dibaca. So, kita baca cerita yang real lak. untuk pengetahuan semua, aku penah dapat harga makan tengahari yang kadang-kadang sangat murah. contoh kat bwah ni adalah antara menu makanan dan harganya.

contoh
a) Nasi putih (separuh) + ayam (2 ketul saiz xxs) + kentang + sambal paru = RM 1.50
b) nasi putih (separuh) + kentang + paru + nangka masak lemak + sambal goreng + terung = RM 2.30

dua je la contoh nye ae. ikutkan hati banyak je contoh-contoh tapi sebab aku makan menu yang hampir sama setiap hari harga mungkin berubah namun x banyak beza pun, RM 2.50, RM 2.80 paling tinggi pun RM3.00 (masih dalam kategori murah). pada aku RM 3.50+++ tu mungkin  dalam kategori aku makan sdap skit. hehhe

mungkin ada yang akan kata, " memanglah, nasi separuh.." tak dinafikan nasi separuh tu mempengaruhi harga tapi dalam sesuatu keadaan, penentuan harga nasi separuh akan sama dengan harga nasi penuh. lagipun, nasi separuh pun ckup mengenyangkan (pada aku laa.. hahha). kadang-kadang kuantiti nasi separuh tu banyak kot. puas makan.. hahhah.

berikut adalah antara cara aku nk dapatkan harga murah. tiada jaminan keberkesanan cara-cara ini, tapi kita boleh cuba. kalau masih mahal mungin belum rezeki kita atau memang kedai tu cekik darah.. heheheh.. gurau haa....

1) TRY AND ERROR
 
    Dalam proses mencari makanan dengan harga yang murah mestilah ada Try and Error. especially kedai baru buka. Jangan takut mencuba, mungkin akan mengalami harga makanan yang mahal atau mungkin murah. Biasanya aku akan cuba kdai baru ni dengan mengambil Nasi separuh dan jumlah menu yang byk ( 3 atau 4 menu) dan setiap menu dgn kuantiti yang sikit (definisi sikit berbeza setiap org, aku pun x taw nk jelaskan cm ne.. hahha). Dari situ aku bleh agak, mcm mne penilaian harga di kedai tersebut. kalau mahal, cuba pula mengambil menu yang sama dengan kuantiti yang lebih banyak. kalau harganya sama atau lebih kurang, mungkin kedai tersebut telah meletakkan harga bagi setiap lauk. harganya akan sama kalau kita ambil banyak atau sikit. Pilihan ditangan anda, untuk terus ke kedai tersebut atau tak.

2) KURANGKAN PENGAMBILAN AYAM/IKAN

   Tak dinafikan, ayam adalah protein paling digemari hampir kesemua rakyat Malaysia. saya sendiri suka makan ayam. tapi aku kurangkan pengambilan ayam/ikan kerana harga seketul ayam selalu memang telah ditetapkan antara RM 2.00 - RM 3.00. Apabila kita mengambil nasi dan ayam harga akan menjadi sekurang-kurangnya RM3.50. Aku tak kata kita kena boikot makan ayam, dalam seminggu tu makan la 2 3 kali. silakan, tak dilarang pun. kalau ambil hari-hari pun orang xde hak nak marah. cuma kalau nak murah, jgn selalu ambil ayam atau ikan. pilihan ditangan anda.

3) MENU BANYAK KUANTITI SIKIT

   jenis lauk yang anda ambil pun penting. kalau kita lihat, item ayam atau ikan tu nampak besar dan mudah untuk ditetapkan harga. Jadi ambil makanan yang subjektif dalam penentuan harga seperti daging atau menu lain yang dipotong kecil. kebiasaannya, peniaga akan mengira dalam kesesuaian kuantiti. Banyak dikira mahal, sikit dikira murah. aku biasanya akan mengambil jenis menu yang banyak (4 atau 5 menu) tetapi setiap menu adalah sedikit. kadang-kadang aku sendiri terfikir cara peniaga mengira jumlah harga makanan tersebut. sebab terlampau sedikit, mungkin sepotong kecil daging.. hahha

4) NASI SEPARUH

   Ya, memang ada yang akan cakap x puas makan sikit tapi kalau aku, aku puas la.. cukup la untuk aku makan. kadang-kadang da petang sikit memang terasa lapar. samada cari makan lain, atau tahan sampai dinner. terpulang pada masing-masing. kalau dekat serumpun ni, aku akan minta dekakt akak tu nasi separuh. mention nasi separuh tu smpai dia cam muka kita dan guna teknik yang dibincangkan sebelum atau selepas ini. dan akak yg cedok nasi untuk kita tu juga yang kira harga makanan kita. bila dia cam kita yang minta nasi separuh, kebarangkalian harga makanan tu berkurang adalah cerah. tapi kalau berani, ingatkan akak tu tentang nasi separuh. tiada paksaan ya. hahha

5) HUBUNGAN PELANGGAN - PENIAGA

     Dalam perkara ini mungkin tiada kena-mengena dalam pengambilan makanan yang kita ambil. kadangn-kadang hubungan dengan peniaga ini sendiri dapat membuatkan harga tu seperti harga kawan-kawan. aku ni mungkin jenis peramah, lebih-lebih lagi dengan orang yang peramah dan tak sombong. kalau peniaga tu nmpk cm peramah dan bleh join kepala, memang aku cuba-cuba rapatkan hubungan. hahha pernah aku membeli nasi goreng kampung, dan peniaga tersebut memberi lauk ketam dan lala dengan percuma. Itu adalah antara satu contoh yang aku pernah alami. ya, mmg lauk yang diberikan tu lauk yang tak habis. well, aku x rugi apa-apa. lagi pula, aku memang rapat dengan peniaga tersebut, selalu pergi ke kedainya, buat lawak walaupun x jadi. hahha


Itu adalah antara cara aku berjimat dalam membeli makanan dekat UPM ni. Mungkin ada dalam kalangan pembaca akan berkata "Nak makan pun berkira ke?". ya, tak dinafikan apa yang berfikir sebegitu tu betul tetapi aku ni seorang pelajar UPM, aku tak ada pendapatan bulanan. hanya PTPTPN adalah sumber kewangan aku. Aku bukan seorang anak yang suka menyusahkan ibu bapa nya dengan meminta-minta. pada aku, perkara yang dibincangkan di atas adalah salah satu cara dan aku pun x cakap yang perkara di atas hanyalah cara untuk berjimat. Ya, ada bnyak cara lain selain mencatu pemakanan. selagi, saya tiada masalah melakukan diatas aku teruskan je la. kalau aku ada masalah pun, aku makan je la.. buat apa nak mencatu lagi. ianya sama ada NAK ATAU TAK NAK. terpulang kepada anda, tiada paksaan untuk tidak mengikuti apa yang aku lakukan.

Anda pasti pernah mendengar tentang seseorang individu yang sering berjaya didalam cabutan bertuah. setiap kali cabutan bertuah, pasti individu itu akan mendapat hadiah. itu adalah rezeki yang tuhan kurniakan kepadanya. Aku mungkin bukan individu yang selalu berjaya dalam cabutan bertuah, tetapi MUNGKIN ( aku tidak kata MEMANG atau perkara ini kebetulan) tuhan dah kurniakan aku rezeki dalam bentuk sebegini. sekiranya, anda telah lakukan perkara yang saya lakukan namun tidak efektif. Percayalah, tuhan itu maha adil. bukan rezeki anda dalam bentuk sebegini, mungkin dalam bentuk lain. aku hanya berkongsi apa yang aku alami. sekiranya aku dikurniakan Allah rezeki dalam bentuk yang sebegini, aku bersyukur pada-Mu ya Allah atas rezeki yang telah kau berikan padaku, semoga aku bukanlah dalam golongan mereka yang riak. perkongsian ini hanyalah untuk memberi anda peluang yang ada tanpa anda sedari. percayalah rezeki itu milik Allah.

SELAMAT MENCUBA.

MOHAMAD ALFIDDAUS AB RASIP.

Comments

Popular posts from this blog

ATASI MASALAH SEBUTAN HURUF 'R'

Mana Best ? Politeknik Port Dickson atau UPM ?