Festival Kebudayaan dan Zapin (FEKAZ) Johor 2015

25 April 2015, telah berlangsung Festival Kebudayaan dan Zapin (FEKAZ) Johor 2015 yang bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Festival ini mempertandingkan persembahan zapin oleh IPTA/UA seluruh negara melalui persatuan anak-anak johor universiti masing-masing. Menampilkan tema Urban Zapin, setiap universiti bebas untuk menggabungkan pelbagai jenis zapin dalam satu lagu dan lagu tersebut dibenarkan untuk dijadikan lagu 'remix'.

Festival ini juga buat julung kali memperkenalkan pertandingan Tingkah Zapin atau Battle Zapin di antara universiti. Antara universiti yang terlibat adalah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT selaku tuan rumah), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Berikut adalah senarai pemenang pertandingan.

Pemenang Utama

Juara : UMT
Naib Juara : UPM
Ketiga : UPSI

Anugerah juri

Anugerah Khas Juri: UTHM
Anugerah Busana Terbaik : UM
Anugerah Koordinasi Lagu Terbai: UMT
Anugerah Koreografi Terbaik : UM
Anugerah Harapan: UMP

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, peserta dan penganjur.

*****************************

Yeah, ini adalah pengalaman kedua aku melakukan persembahan zapin dikhalayak. Rasa bersyukur dinobatkan Naib Juara Pertandingan.huhuh terima kasih diucapkan kepada

Persatuan Kebajikan Anak-anak Negeri Johor (Perkasa Johor) Universiti Putra Malaysia sebab memilih aku sebagai peserta dan penari bagi mewakili persatuan ini dan UPM. Satu peluang yang besar pernah aku dapat.

Coach Abg Arev yang mengajar aku yang tak tahu pasal zapin sangat. Senang berlatih dengan Abg Arev ni. hari pertama belajar asas, hari kedua da start pola lantai, jadi aku pun tak bosan sangatlah asyik belajar asas je 2 3 hari. Latihan pun tak stress, enjoy. Yang paling best bila dia guna perkataan 'Sejenis'.. hahha Selamat maju jaya aku ucapkan pada Abg Arev. Semoga terus kekal berjaya.

Semua peserta sebab tahan kerenah aku (kalau teruk). Tahniah, kita berjaya dapat tempat.

Pengalaman dalam perjalanan ke FEKAZ 2015 ini banyak cerita. lokasi yang kerap bertukar, seperti sanggar 12, Dewan putra 2, Bilik Serbaguan k12, bilik serbaguan kolej 13, Kolej canselor dan yang terakhir di Dewan Putra 3 atau dewan KPZ. Aku lebih suka berlatih di dewan KPZ, sebab dewan tu hanya ada kipas sahaja. maksudnya, aku akan keluar peluh banyak. hahaha

zapin yang digunakan secara majoriti adalah zapin tenglu tapi banyak zapin yang dipelajari. lagu yang digunakan adalah lagu zapin Pesona Jiwa. dibawah ini adalah video zapin aku di FEKAZ 2015 UMT.

FEKAZ 2015 - UPM (NAIB JUARA)

Berkenaan keputusan juri, aku berpuas hati dengan pilihan juri. ye la, aku pun naib juara kan. hahah tapi aku lagi suka kalau UPSI berada di atas UPM. huhuh mungkin rezeki berpihak pada UPM. tahniah semua..

*kami adalah penari amatur dan terimalah seadanya.

Comments

Popular posts from this blog

ATASI MASALAH SEBUTAN HURUF 'R'

Mana Best ? Politeknik Port Dickson atau UPM ?