PENGGUNA PENGANGKUTAN AWAM TIDAK SENSITIF (TULAR)

Apa khabar semua,

Baru-baru ini, tanah air digemparkan dengan tularnya gambar individu yang tidak memeberikan tempat duduk kepada ibu mengandung di dalam pengangkutan awam.


Dengan tularnya gambar di atas, masyarakat ramai menyalahkan individu tersebut kerana tidak memberikan tempat duduk kepada ibu yang nyata sedang hamil.  Pada Pemerhatian saya, saya ingin rumuskan bahawa terdapat tiga (3) kumpulan masyarakat yang terlibat didalah situasi ini.

1. TIDAK SENSITIF.

Di zaman teknologi canggih ini, kita banyak memberi fokus kepada telefon pintar sahaja. Keasyikan menggunakan telefon pintar telah menyebabkan masyarakat khayal dan tidak mempedulikan masyarakat sekeliling. Di dalam situasi di atas, individu tersebut menunjukkan mereka tidak sensitif dengan keadaan sekeliling. Hanya memberi fokus kepada telefon pintar. 

Sebagai komuniti, kita perlu melihat sekeliling samada terdapat individu yang memerlukan. Perkara ini tidak tertakluk kepada situasi gambar di atas sahaja. Kita dapat melihat dalam masyarakat sekarang. Masyarakat terlalu sibuk dengan hal-hal peribadi dan tidak melihat keadaan masyarakat sekeliling. Masih terdapat orang-orang yang susah di sekitar kota raya.

2. MASYARAKAT EGO

Ego merupakan perasaan tidak mahu merendahkan diri sendiri kepada orang lain. Perasaan ini wujud kerana kita merasakan kita seorang yang lebih baik daripada orang lain dan tidak memerlukan bantuan orang lain. Saya tidak menyalahkan individu tidak sensitif sepenuhnya kerana wujud masyarakat yang ego.

Di dalam situasi di atas, dapat dilihat walaupun sedang sarat mengandung, ibu tersebut tidak meminta tolong untuk diberikan tempat duduk dan hanya berdiri sahaja. Berkemungkinan ibu tersebut hanya berharap masyaratkat mempunyai rasa "common sense". Di dalam kehidupan harian juga berlaku apabila terdapat individu sukar atau ego mengungkapkan kata "minta tolong", "minta maaf"dan perkataan merendahkan martabat diri sendiri.

3.  MASYARAKAT TIDAK BERFUNGSI

Masyarakat tidak berfungsi yang dimaksudkan adalah individu yang mengambil gambar di atas. Dapat dilihat si pengambil gambar tidak berfungsi sebagai masyarakat. Hanya mengambil gambar dan memuatnaik di laman sosial untuk mendapatkan perhatian. Sebaiknya,  individu ini boleh berfungsi dengan meminta individu yang sedang duduk tersebut untuk memberikan tempat duduk kepada ibu mengandung. 

Ini adalah sikap-sikap masyarakat kita sekarang.Ini adalah penyakit masyarakat dan sangat berbahaya kepada komuniti. Banyak berlaku dalam kehidupan kita apabila terdapat orang yang didalam kesusahan, kita hanya melihat tanpa membantu. Juga tidak mahu untuk meminta bantuan dan berharap orang lain mempunyai common sense. Justeru, perubahan perlu dibuat. Peribadi kita sebagai manusia dan juga insan perlu diperbaiki untuk menjadikan kita sebagai sebuah masyarakat yang makmur, saling membantu dan saling memerlukan.


TAMBAHAN:

Penjelasan telah dibuat oleh individu tersebut terhadap situasi sebenar. Individu tersebut menyatakan bahawa ibu tersebut telah menolak pelawaan tempat duduk tersebut.


Comments

Popular posts from this blog

Mana Best ? Politeknik Port Dickson atau UPM ?

ATASI MASALAH SEBUTAN HURUF 'R'