JIRAN-JIRAN DAY OUT - LINGGIU 2ND GENERATION

Tajuk gler gempak. hahah. hari ni berjalan sakan. semalam masa talk di Dewan Besar dapat mesej daripada kawan ajak teman ke majlis kenduri kahwin kawan dia di Linggi Negeri Sembilan. Memandangkan aku memang xde pe nk buat, ye la kan study week. study pun entah ke mana.. hahah so, aku pun follow la. sebelum tu, meh aku kenalkan siapa yang dalam gambar di bawah ni. aku pegi bersama jiran-jiran di kampung aku Felda Linggiu, Apis dan Ain. dulu keci-kecil kitaorang selalu main sama-sama. sekarang da besar, semua pun da merantau dan kita berjumpa di perantauan la. hehe.

Majlis berlangsung di Linggi. Perjalanan agak penat sebab jammed daripada plaza tol UPM smpai la ke seremban. selamatlah bukan aku yang memandu. selepas je balik dari majlis singgah ke sebuah kedai menjual makanan negeri sembilan bernama SABAK SALAI. masa tu memang teringin nak makan daging salai. so, kitaorang pakat la beli daging salai dan itik salai. daging salai tu memang sedap gila. memang kena cuba.



kemudian kami pun bergerak ke Jalan TAR Kuala Lumpur. sebenarnya kami berpakat untuk ke sana pada esok hari (Ahad) tetapi memandangkan kami pun da sekali jalan, better terus geraklah ke sana. ini adalah kali pertama aku berada dalam kesesakan lalulintas di KL. memang jammed. kalau aku yang drive memang tension la. nak cari parking pun susah. aduh. kemudian sebelum balik kami pun makan lagi di Sungai Besi. ok gak makanannya.. boleh lah try. lokasi di hadapan stesen lrt Sg. Besi.

Comments

Popular posts from this blog

ATASI MASALAH SEBUTAN HURUF 'R'

Mana Best ? Politeknik Port Dickson atau UPM ?