APA AKU NAK JADI DI UPM

30 Mei 2014 - Sebentar tadi telah berlangsung UPM Talk : Marketing yourself yang disampaikan oleh seorang yang aku sangat admire, Prof. Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, Timbalan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia. Satu talk yang sangat menarik, sangat best tetapi atas kekangan masa talk tu perlu ditamatkan.



Tetapi, bukan talk tu yang aku nak ceritakan. sebenarnya nak cerita tentang aku kat UPM ni. apa aku nak jadi or nak buat di UPM ni. Aku memang teringin nak jadi salah seorang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM atau paling tidak pun jadi Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) di kolej. Tidak dinafikan peluang untuk menjadi MTM tu aku pernah dapat tetapi atas isu-isu peribadi dan tertentu aku menolak tawaran tersebut. Pada ketika itu, aku sudah terlibat dengan persatuan anak negeri Johor dan tawaran sebagai MTM pun datang sekali. Aku rasa, aku tiada masalah untuk menyertai kedua-dua organisasi tetapi atas isu-isu tertentu, aku terpaksa menolak dan sekarang aku rasa keputusan menolak tawaran tersebut adalah sangat tepat.

Berbalik kepada cerita asal yang mana aku ingin menyertai MPP dan MTM. Perasaan ingin menyertai itu masih ada tetapi aku sedar yang aku belum layak untuk menyertai organisasi tersebut. Ada beberapa kelemahan besar yang ada dalam diri aku yang aku rasa aku belum boleh memimpin. Sebelum ini, aku rasa aku seorang yang sangat agresif, aktif, berkepimpinan dsb tetapi aku perasan yang aku tak ada semua itu setelah aku menyertai persatuan anak Johor ni. Selepas beberapa siri aku rasa yang aku ni gagal, itu menyebabkan keyakinan diri aku semakin luntur. Bayangkan, sekarang aku sendiri tak boleh membuat presentation di dalam kelas dengan baik. perlu mengharapkan kertas di hadapan. Apa yang merungsingkan sekarang, aku telah terlibat dengan SME-University Internship Programme. Dimana memerlukan aku membuat presentation dan setiap kali presentation aku merasakan kegagalan tersebut.

Selain itu, cara komunikasi aku semakin lemah. Terutama sekali, komunikasi 2 hala. Itulah masalah terbesar aku dalam komunikasi. Aku rasa takut nak bercakap dengan someone especially dalam darjat yang berbeza macam umur, pangkat dsb. Aku pun x tahu macam mana nak atasi. Daripada kelemahan-kelemahan ni aku rasa, aku betul-betul belum layak untuk menyertai 2 organisasi yang aku sebutkan tadi.

Comments

Popular posts from this blog

ATASI MASALAH SEBUTAN HURUF 'R'

Mana Best ? Politeknik Port Dickson atau UPM ?