Semua Pasal Roti Canai !!

ni aku nak cerita pasal aku dengan roti canai. wooo... ni memang satu kenangan yang pahit untuk di ingati.. huhu sebelum itu, Roti Canai ialah satu menu rakyat Malaysia yang sangat terkenal. kebiasaanya disediakan pada waktu pagi (sarapan) tetapi ada juga kedai-kedai yang menyediakan Roti Canai pada waktu selain waktu sarapan. berikut adalah gambar Roti Canai dan seterusnya cerita-cerita aku.. 

Roti Canai


cerita pertama berlaku pada 3 Mei 2013. pada hari itu, aku ingin pulang ke kampung sempena Pilihan Raya Umum (PRU13). Pada malam sebelum bertolak tu, aku makan roti canai yang dibeli oleh kawan aku, keesokkan paginya, aku sakit perut. so, aku membuangla sebelum ke Padang Kawad (tempat berkumpul). bas dijangka bertolak pada jam 11 pagi. jadi aku pun x rasa nak membuang time tu. tapi setengah jam sebelum bergerak tu aku da rasa sakit perut da. cuma aku x ambil port sangat sebab aku ingat hanya sakit perut je. sehinggalah beberapa minit sebelum bas bergerak, aku memang x boleh menahan dan aku ambil tindakan untuk ke toilet. sempatlah aku cakap dekat pemandu bas dan organizer tu. aku pun pergi ke Kolej Canselor yang berdekatan dengan Padang Kawad. masalahnya sekarang, apabila aku pergi ke Kolej Canselor tu aku x jumpa kolej lelaki, aku jumpa kolej perempuan je. perut ni memang da x bleh nk tahan daa. so, aku decide pergi ke kolej ke6. kat situ pun aku x jumpa toilet, then teringat kawan aku pnya bilik jadi aku pun pergi ke blok tu. akhirnya jumpa jugak laa toilet tu tapi nyaris la terbuang dalam seluar... haishh... tragis sungguh.

untuk cerita yang kedua pula berlaku pada 23 Jun 2013, aku ingin pulang ke UPM. bas bertolak pada jam 9.30 pagi dan pada waktu pagi tu aku bersarapan 'Roti Canai' abah aku belikan. aku pun x teringat insiden sebelum ni. so, aku pun makan la roti canai tu.. apabila bas berrtolak, perut ni pun tiba-tiba pula berasa sakit. aku pun cuba la tahan. aku ingat boleh tahan sampai la bas bhenti kat mana-mana RnR. setelah sejam perjalanan, perut ni xbleh tahan pula nak membuang. tapi bas belum lagi masuk tol lebuhraya. aku cuba menahan lagi. sampai aku x bleh tahan, aku bharap bas akan bhenti di stesen minyak dihadapan tu (selalu bas akan isi minyak disitu tp kadang-kadang je), kalau bas x bhenti isi minyak, aku ingat nk mbuang di stesen bas kulai (bas akan bhenti disitu untuk mengambil penumpang.) tapi selamatlah bas tu berhenti isi minyak, jadi dapatlah aku membuang. tapi bila masuk je dalam toilet, toilet tu boleh pulak 'full house'... terpaksa la menunggu. perut ni memanglah x boleh tahan  daa. lepas tu, ada pulak mamat ni potong queue aku.. nk je aku tendang pintu toilet tu.. da la sakit perut ni.. terpaksa tunggu lagi. bila mamat tu keluar je aku terus masuk dan membuang. selamatlah tak terbuang dalam seluar.. kalau tak abis berbau bas tu.. hahahha 

pengajaran nya di sini kepada aku, sebelum nak berjalan jauh (especially naik bas) jangan makan pape ye terutama sekali Roti Canai.. begitulah cerita sedih aku. kena ingat sampai bila-bila ni.. huhuh

Comments

Popular posts from this blog

ATASI MASALAH SEBUTAN HURUF 'R'

Mana Best ? Politeknik Port Dickson atau UPM ?