study week.... ! jalan-jalan Kuala Lumpur, Malaysia

hobi aku memang suka berjalan. bila berjalan, mestilah bergambar. itupun perkara yang aku paling suka. lebih-lebih lagi apabila ada perisian 'camera 360 ultimate'. tapi aku x guna la magic skin itu untuk namapak muka lebih bersihkan. choiii laa.. hahha aku prefer untuk gunakan pada permandangan sekeliling.

pada minggu lepas, aku berjalan dengan rakan politeknik aku dulu di bandar Kuala Lumpur. dari Sogo - Jalan Tar - Jalan Masjid India - Masjid Jamek - Pasar Seni (Central Market) - Berjaya Times Square. berikut adalah gambar2 yang sempat dirakamkan.

1st location is Kompleks Sogo. kemudian gerak ke Pernama di belakang sogo ni.

sekarang ni berada di Jalan TAR. tujuan untuk menampakkan struktur bangunan yang menarik kat sini, tapi tak jadi rasanya. heheh selepas ini kitorang ke Jalan Masjid India.

ini adalah Masjid Jamek, berdekatan dengan Jalan Masjid India. disini juga berdekatan dengan Dataran Merdeka.

inilah keindahan Masjid Jamek, Kuala Lumpur. sekarang ini, gambar ini adalah wallpaper laptop aku. 1st time gambar lain selain gambar window kat wallpaper aku ni haa.. hoho next kita ke Pasar Seni atau Central Market

ini adalah semasa di dalam perjalanan ke Pasar Seni atau Central Market. kalau da nmpak ikon Wau tu maknanya da sampai laa.. huhuh jom usha lagi..

ini adalah salah satu pintu masuk ke dalan Pasar Seni.dalam bangunan ni mmg best gler. trasa nak je bli sume benda tp x mampu lagi.. T.T huhuh

sebelum balik, lepak sebentar di Terminal Bersepadu Selatan - Bandar Tasik Selatan. dapatkan semua tiket-tiket ke selatan tanah air di sini. tempat ni sehebat KLIA tapi outlet2 masih kosong.. kenapa?

ni adalah satu gambar yang mana aku try explore pasal 'camera 360 ultimate' ni . sedang menunggu KTM kembali ke Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.


inilah cerita yang dapat dikongsi setakat ni. next post mungkin pasal aku ke Putrajaya, suatu kawasan yang sangat wow.. tapi x janji la ae.. aku pun bkan rajin sgt nk ber-blogging.. hehehe

Comments

Popular posts from this blog

ATASI MASALAH SEBUTAN HURUF 'R'

Mana Best ? Politeknik Port Dickson atau UPM ?