Tabung Menabung

ini adalah salah satu sikap aku yang aku paling suka. aku suka menabung. walaubagaimanapun, cara menabung aku mungkin lain sikit dari orang lain. aku ni hanya akan menabung duit syiling je. wang not memang x ada dalam tabung aku.



aku suka menabung ni pun sejak aku berada di semester pertama di politeknik port dickson. aku ni suka beli barang especially makanan. apabila aku beli something, mesti ada baki kan. jadi, apabila pulang ke bilik aku akan masukkan baki syiling ke dalam sebuah kotak. itulah rutin aku seharian. apabila ada baki dari sebarang pembelian pasti akan dimasukkan ke dalam kotak tersebut. sehingga di akhir semester, apabila mengemas bilik aku perasan yang banyak syiling di dalam kotak tersebut dan ianya sangat bermanfaat di akhir semester bagi aku sebagai pelajar. hehe

rutin ini aku praktikkan sehingga semester terakhir (sem akhir kali kedua tu.. huhu) di politeknik. apabila tamat bergelar pelajar. aku pun terus mpraktikkan tabiat di rumah. tetapi caranya lain sedikit, memandangkan aku tiada pendapatan sendri dan masih belum bekerja. jadi, mak aku ni selalu suruh aku pergi kedai belikan barang-barang nak memasak. daripada itu, aku pun buatlah tabiat aku tu. bila ada baki syiling, aku akan amek dan baki wang not aku bagi mak aku semulalah. tapi selalu gak aku minta seringgit buat beli jajan petang-petang.. heheh

tabiat ini masih lagi dilakukan walaupun aku dah bekerja di Kota Rainforest Resort dan UPNM. tabiat ni sangat bermanfaatkan. apabila aku mendaftar ke Universiti Putra Malaysia, tabiat ini agak kurang kerana UPM memperkenalkan sistem mealplan dimana pelajar tidak perlu menggunakan wang untuk membayar tetapi menggunakan kad yang mempunyai nilai di dalamnya. ianya seperti kad touch n go laa. walaubagaimanapun, tabiat ini masih lagi dijalankan memandangkan tidak semua kedai di UPM ini menggunakan kad mealplan tetapi kadar kekerapan tu kurangla menggunakan wang tunai.huhuh

sekarang da masuk semester kedua di UPM ni dan aku tetap menabung. dan caranya sedikit berbeza daripada sebelum ini. contohnya, kalau aku beli barang A berharga RM1.20, aku bayar dengan 2 helai not RM1, aku akan dapat baki sebanyak 80sen. kemudian aku nak beli barang B di kedai yang lain dengan harga RM1.20, aku boleh bagi sehelai not RM1 dan syiling 20sen kan. tetapi aku bayar dengan 2 helai not RM1. dan aku dapat baki 80sen. jadi baki 80sen (brang A) + baki 80sen (barang B) = RM1.60. jadi sekarang aku da ada syiling sebanyak RM1.60. dan syiling itulah yang aku masukkan kedalam tabung aku itu.

boleh nampak x yang tabungan kita itu akan meningkat dengan sangat mendadak.. huhuh alhamdulillah, jumlah tabungan untuk semester ini adalah sebanyak RM43.00. tetapi aku yakin aku boleh menabung dengan lebih banyak sekiranya mealplan tidak diperkenalkan. aku pun x salahkan mealplan la kan. mealplan tu pun bermanfaat juga. huhuh dgn jumlah wang tabungan tu, cukuplah nak isi minyak motor sampai ke Johor.

sampai sini je nukilan aku. jadi, kepada sesiapa yang berrmotivasi untuk menabung, cara aku ni mungkin boleh dipertimbangkan. hehe semoga perkara ini mendapat iktibar dan dikhabarkan kepada rakan-rakan.

terima kasih.

Comments

  1. huarghh aq x smpai rm 6 kot~aq simpan utk basuh baju jee~hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn lupafollow step kt atas tu... kompem menjadii...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ATASI MASALAH SEBUTAN HURUF 'R'

Mana Best ? Politeknik Port Dickson atau UPM ?